5/03/2010-Jumaat Kami sampai kem pda pukul 4 lebih.. Sampai sahaja pda kem, hujan yang td lebat beransur renyai. kami terus memindahkan beg2 serta khemah2 yg telah disumbat ke dlm kete STORM pickup cikgu Baharudin. Sampai disana kami terus mendaftar dan diberi taklimat sedikit dan kami diminta menaikkan khemah masing2 disebabkan hujan yang seperti akan membasahi bumi sebentar lagi. Setelah khemah dipasang dan dinaikkan, kami diminta berkumpul di ARENA untuk upacara menaikkan bendera.Kami akan membuat ladam kuda semasa upacara tersebut. Sejurus kemudian,Hujan turun amat lebat sekali dan kami diminta untuk naik dan berteduh didalam bilik. Kami diberi taklimat sedikit mengenai aktiviti yang akan kami jalankan selama 3 hari di Kem ini.
khusyukkkk mndngar taklimat..
Berbarissssss....
Ladam Kuda..
Malam: Pelajar muslim solat maghrib dan isyak secara berjemaah sebelum memulakan aktiviti seterusnya.Selepas menunaikan solat, kami diberi tazkirah dan pendedahan secara rawak mengenai pengakap kelana. Sejurus kemudian, kami menikmati hidangan malam bersama sama buat pertama kali di sana. Untuk menguji pengetahuan am kami, ujian bertulis telah dilaksanakan dalam masa 30 minit. Soalan yang diberikan merangkumi agama, pengetahuan asas pengakap, isu negara, pertolongan cemas dan sebagainya tanpa persediaan dan rujukan buku. Disini ingin menguji tahap kejujuran kami dalam menjawab soalan melalui pemerhatian jarak jauh. Objektif utama bukanlah untuk mencari markah tertinggi tetapi nilai keperibadian tinggi yang dicari seperti yang termaktub dalam pelembagaan pengakap.Kami diuji sehingga 12.30 mlm melalui sesi ice breaking, perbualan, perkongsian dan pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan.Disini juga kami diberikan kumpulan mengikut nama gunung. Ujian ketahanan pertama juga diberikan apabila kami diuji sehingga kami dapat masuk tidur selewat 1 pagi tanpa kami sedari.
Ujian Bertulis Oleh Abg Faeizad
Semua mnjwb...
Abe sempat jek tersengih..
Khusyukkknyerrr diaorng an3...
Jwb3...
Sabtu
Upacara Rasmi Menaikkan Bendera Malaysia dan Bendera Pengakap Kelana Seremban Timur berlangsung dengan dihadiri oleh ahli jawatan tinggi Pengakap Kelana. Kami diminta beratur dalam kedudukan ladam kud
Tarian seni..
Taklimat pengakap
Kerja berkumpulan..
kumpulan syed..
Malam
Pada malamnya kami diminta untuk membuat malam kebudayaan yang diberi nama Apachie night fever. Malam yang sejuk dan berangin kami memulakan malam kebudayaan kami selepas makan malam dan bermula lah persembahan dari pelbagai kumpulan. Teruja disebabkan cikgu2 terutamanya cikgu form 6 turun bersama. Walaupun beberapa hari kami disini, mereka selalu datang menjenguk kami. Terima kasih diucapkan.Apachie nite berakhir pada pukul 11 malam. Selepas itu hujan turun dan kami diberi beberapa taklimat dan seterusnya dibenarkan masuk tido pada pukul 12 malam. Kami akan menjalani aktiviti pada pukul 4 untuk aktiviti Virgil. Masing2 huh....semua tidur awl...nk bngn pagi2 la katakan...
Berhibur2 dahulu dngn lagu2 pengakap
Pagi ahad selepas virgil, kami diberi pertauliahan lebih kurang pada pukul 7 pagi dengan menyarungkan epolet kelana. Selesai Pertauliahan, kami diberi munim pagi serta beberapa taklimat.Perkhemahan berakhir setelah upacara menurunkan bendera perkhemahan dan bendera pengakap. Kami berkemas dan bergerak balik ke sekolah dalam pulul 1.00 Tengah Hari.
Epolet KELANA



















0 comments:
Post a Comment